Seribu Tahun

Seribu Tahun ialah drama Malaysia yang bakal menemui penonton di Astro Ria sempena Ramadan 2025. Drama ini diarahkan oleh Sharul Azad Mohd Din dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd.

Menampilkan Emma Maembong sebagai Iman Sahana, Azhan Rani sebagai Shukri, dan Normah Damanhuri sebagai Noor, drama ini mengisahkan tentang kehidupan sederhana tetapi penuh kasih sayang antara Shukri dan Noor. Namun, kehadiran Iman Sahana, seorang wanita sempurna, mula menguji keteguhan cinta Shukri terhadap isterinya, menggugat kebahagiaan mereka.